Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

11 Sep 2008

16 Sept; Anwar ke Taiwan? ~ malaysiakini


Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang di fahamkan akan ke Taiwan jika perlu untuk berbincang bersama 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional untuk memastikan penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini.
Walaupun sebelum ini beliau ada menjelaskan mungkin penubuhan kerajaan baru akan berlaku pada 20 September ini namun itu hanya sebahangian dari ” Pelan B ” mungkin.

Agak mengejutkan sewaktu keterangan beliau kepada akhbar di mana
16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas selesai menghadiri satu prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung tuduhan liwat.

Jelas Anwar lagi beliau tidak pernah putus hubungan dengan anggota Parlimen yang berada di Taiwan kini dan jika terdesak bagi menyelesaikannya beliau akan pergi ke negara itu jika perlu.
Namun dapat di lihat keretakkan Barisan Nasional semakin jelas apabila Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk fikirkan semula tempoh peralihan kuasa yang di anggap terlalu lama.

Menerusi apa yang di katakan jelas bukan sahaja rakyat malahan pimpinan UMNO Barisan Nasional juga mahu Abdullah Badawi mengundurkan diri dengan lebih awal dari apa yang di rancang Perdana Menteri tersebut.

Selain itu mengikut sumber beberapa ketua cawangan MCA akan menyertai KeADILan diatas kepercayaan yang tinggi keatas komitmen Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan keatas tanah air. Bertempat di Ibu Pejabat keADILan Negeri Sembilan di Seremban pagi esok, satu majlis akan diadakan bagi menyambut penghijrahan Ketua-ketua cawangan berkenaan. InsyaAllah

Namun apa yang di kesali apabila kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan diatas kenyataan yang berbau ugutan.

Mohamad Hasan dengan beraninya mengungut akan membubar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri berkenaan sekiranya ada dikalangan ahli-ahli Dun dari Barisan Nasional yang akan menyertai KeADILan atau Pakatan Rakyat.

Walaupun beliau berkuasa dengan jawatan Menteri Besar Negeri sembilan beliau tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian seolah-olah angkuh terhadap kuasa yang ada kami dari Pakatan Rakyat begitu kesal terhadap kenyataan yang di keluarkan seolah-olah menakut-nakutkan mereka yang ingin berhijrah.

Yang pasti mungkin ada di kalangan mereka yang mahu berhijrah jika tidak masa kan kenyataan beliau yang kelihatan begitu resah dan marah dan sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seolah berbau ugutan. p99ampang

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila tajol rosli ajak PAS is perak bergabung, korang bising kata dia tak demokratik dan ugut nak saman MP PAS... bila NS buat camtuh, kutuk pulak...

hipokrit siot!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.