Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

13 Sep 2008

Operasi ISA: Tiada kaitan pelan Pakatan, wartawan dijangka bebas petang ini- Malaysiakini

PETALING JAYA: Sambil menolak penahanan tiga orang semalam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertujuan menggagalkan pelan 16 September Pakatan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri hari ini menegaskan, sama ada lebih ramai akan ditahan dalam waktu terdekat bergantung pada keadaan semasa negara.

"Polis akan bertindak berdasarkan situasi semasa sama ada situasi berada dalam kedaaan baik ataupun tidak. Jika situasi OK, maka tiada sebab untuk menahan (lebih ramai lagi)," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada mStar Online.

Kata beliau, pihak polis akan memaklumkannya perkembangan semasa sebelum mengambil tindakan susulan. Beliau dijadual mengadakan sidang media petang ini.

Desas-desus menyebut polis kemungkinan akan menahan lebih ramai termasuk pemimpin-pemimpin politik susulan penahanan tiga orang semalam.

Malah, beliau juga yakin pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng kemungkinan akan dibebaskan dalam waktu terdekat.

"Dalam kes wartawan Sin Chew, dia mungkin dibebaskan petang ini, hari ini... dalam waktu terdekat," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Pukul 8.30 pagi tadi, polis telah membawa wartawan berkenaan ke Bukit Aman, Kuala Lumpur. Bagaimanapun sebelum itu dia telah dibenarkan menemui anggota keluarganya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di Georgetown.

Parti-parti politik dan badan bukan kerajaan hari ini turut menggesa supaya tahanan berkenaan dibebaskan.

Syed Hamid menjelaskan, polis menahan wartawan berkenaan atas beberapa sebab, termasuk berdasarkan maklumat mengenai ancaman keselamatan diri Tan.

"Jadi polis menahan dia (semalam) untuk mendapatkan beberapa maklumat yang mungkin dia tahu. Selepas itu dia boleh dibebaskan," katanya.

Di bawah ISA, polis akan mengesyorkan kepada Menteri Dalam Negeri sama ada seseorang tahanan itu perlu ditahan selama dua tahun atau untuk tempoh yang lebih lama selepas hasil siasatan mereka selesai.

Ketika mengulas lanjut sama ada penahanan tiga orang semalam berhubung kait dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru persekutuan Selasa ini, Syed Hamid: "Tidak, ia mengarut."

"Tiada kaitan dengan perkara itu, tiada korelasi dengan itu (pelan Pakatan Rakyat)," kata beliau.

Syed Hamid menjelaskan, penahanan terbaru ini merupakan tindkaan preventif bagi mengawal keadaan semasa khususnya bagi mengelak ketegangan sentimen perkauman di negara ini.

Kata beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan pencegahan sebelum masalah yang rumit seperti insiden perkauman terjadi.

Semalam polis menahan tiga orang termasuk Tan.

Dua yang lain ialah pengendali lamab web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, 58, dan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Kapsyen: TIGA yang ditahan (dari atas ke bawah) Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin.

-----------------------------------------------------------

MENANTI... Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri masuk 24 jam dengan anggota keluarga masing-masing menunggu perkembangan terbaru. Pagi tadi, wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibawa ke Bukit Aman dan difahamkan dia akan dibebaskan petang ini. Keluarganya dibenarkan menemui dia awal pagi ini di IPK Pulau Pinang, Georgetown.

Keluarga Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok juga mengadakan sidang akhbar pagi ini di ibu negara. Ibu bapanya, Pong Seh Kwan, 71, and Kok Kim Tong, 74, (gambar bawah) berkata mereka tidak memperoleh apa-apa maklumat mengenai wakil rakyat itu sejak penahanan malam tadi
.
- mStar Online

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.