Kami memuatkan ucapan Almarhum Prof. Zulkifli Muhammad khas kepada Wakil Rakyat dalam Laman Web ini. Ucapan ini sepatutnya didengar oleh MB, Exco dan Wakil Rakyat PAS kerana mengandungi peringatan dan nasihat kepada mereka.
Ini adalah ucapan yang terakhir allahyarham yang disampaikan dihadapan ADUN Kelantan selepas kemenangan pada pilihanraya tahun 1964. Ucapan ini dibuat di majlis melantik Ahli Mesyuarat kerajaan Negeri Kelantan selepas pilihanraya tersebut.
Dalam perjalanan pulang dari program inilah dikatakan yang beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya di Kuantan. Kemalangan tersebut berlaku pada 6 Mei 1964 yang turut mengorbankan isteri beliau Ustazah Asiah Kamaruddin.
"Kita tidak kurang tukang angguk,kita tidak kurang tukang geleng, tapi kita kurang orang yang nak membuat apa yang sudah diangguk, orang yang mencegah apa yang sudah digeleng."
"Lantikan inilah tempat-tempat ini subur dengan kuman-kuman yang membawa sengketa kepada kita apa yang akan kita buat diwaktu kita menghadapi ini semua yang akan kita buat adalah berpegang kepada keikhlasan kita, menyucikan tujuan kita kepada pelaksanaan dasar partai kita dan mengenepikan sebagang kepentingan yang lain dari itu."
Semoga boleh dijadikan panduan dalam mentadbir kerajaan negeri. ~
2 ulasan:
ada dalam bentuk teks tak ??? tahniah sekurang2nya ucapan beliau masih ada lagi utk dijadikan sebagai azimat perjuangan dalam menegakkan Islam..moga belaiu ditempatkan bersama dengan orang yang beriman - Al-fatihah
Tak ada. Artikel ini pun ana ambil dari PAS Parit Buntar... mengikut cerita org lama2, Prof Zul meninggal dunia adalah konspirasi UMNO (Kemalangan jalan raya~). Sape dpt cerita sebenar?? SEMOGA Rohnya dicucuri Rahmat
Catat Ulasan