UNDI TAK PERCAYA PADA ABDULLAH?
Zaid Ibrahim ni siapa? Dia Perdana Menteri ke? Dia juga Presiden UMNO kot! Sebab tu dia tembak Muhyiddin Yassin dengan senapang gajah. Katanya, pasal bangkitkan isu peralihan kuasa, Muhyiddin sama ada berhenti atau perlu dipecat. Hebat betul suara ayam tambatan Abdulah ni ya!
Kepada rakyat Malaysia, suara Zaid inilah contoh suara sokong bawa rebah yang amat digemari oleh Abdullah. Tak sudah-sudah. Lepas satu, satu lagi. Kalau ramai macam Zaid ni lagi bagus. Biar terbakar hati semua rakyat jelata.
Patutnya, Zaid ingatkan Abdullah, jangan kata formula peralihan kuasa tu muktamad. Yang muktamad adalah Perlembagaan UMNO. Dalam perlembagaan ni memang ada peruntukan di mana bahagian-bahagian UMNO berhak mencalonkan sesiapa sahaja yang mereka suka sebagai Presiden atau Timbalan Presiden UMNO. Ini hak itu buku.
Kalau Abdullah kata formula peralihan kuasa itu muktamad, Abdullah macam tak faham apa yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO. Kalau faham, kenapa buat kenyataan yang boleh sebabkan dirinya sendiri boleh dipertikai dan dicemuh oleh warga UMNO? Ini namanya cari nahas atau cari bala!
Sekarang kita tanya Zaid, ada tak Abdullah suruh dia buat kenyataan pecat Najib, pecat Ali Rustam, pecat Hishammuddin, pecat Tengku Razaleigh dan pecat Rais Yatim yang juga mula mempertikaikan formula peralihan kuasa tu?
Kalau nak pecat dia orang, nasihatkan Abdullah buat cepat-cepat. Kalau tak nanti kempunan. Manalah tau tiba-tiba je Anwar Ibrahim berkuasa?
Tapi, jangan lupa, Muhyiddin ada penyokong. Najib ada penyokong. Ali Rustam ada penyokong. Semua yang beta Abdullah pasal formula peralihan kuasa ni ada penyokong. Abdullah berapa ramai penyokong? Zaid sendiri berapa ramai penyokong? Nak dapatkan pencalonan tanding ketua bahagian pun tak lepas kuota!
Tak apalah. Tak apa. Kirim salam kat Abdullah. Sekarang ni bila dah semua orang-orang besar UMNO beta Abdullah pasal formula peralihan kuasa ni, dia tak panik ke? Dia tak faham ke yang kenyataan-kenyataan ni semua adalah ibarat undi tak percaya dia orang kat Abdullah? Kalau tak faham, harap Zaid tolong dia fahamkan hal ni. Kalau Abdullah tak faham juga, selamatlah dia!!!! -Politica
3 ulasan:
BUKAN DOLLAH TAK FAHAM, ZAID MEMANG BUKAN SAPE-SAPE TAPI CUMA PENYANGAK CUBA KURANGKAN SAINGAN UNTUK KEDUDUKAN. DAH BERKEDUDUKAN, MACAM MACAM ADA LE. ITU KITA SEMUA FAHAM. SAYA MENYERU SEMUA RAKYAT BANGUN MENYOKONG PERUBAHAN UNTUK KEBEBASAN AND KEADILAN. PEMERINTAHAN DIKTATOR KUKU BESI TIDAK ADA MASA DEPAN YANG BAIK UNTUK SEMUA RAKYAT. KUBURKAN POLITIK PERKAUMAN DAN ISA.
The ISA detentions only go to show how dangerous it will be to have a low mentality politician to hold the power of a minister. He claimed to have the support of the majority. What type of majority when only 3 out of 10 persons supported you! Furthermore, this low mentality is very capable of acting like a warlord, brandishing the power given by the people to him to threatened the citizens of this country at his own irrational whims, just to serve his own purpose. A politician making racist remarks and no action by the law is taken against him while a journalist reporting the statement is being arrested! A politician making a false racist claim against another is not acted on by the law while the wrongly accused with proof of false claimed being arrested! How low the level of mentality the minister is prepared to go? Please bear in mind you are also just an ordinary citizen before you are given the power by your party and the people through the election. Please go and ask those who have elected you whether all of them agree to such draconian action taken by you towards your fellow malaysian without proper reason!
Zaid itu sudah kena liwat oleh Dollah ISA.2x5=10 dua orang sama-sama rasuah.Mesti ada tujuan belum kesampaian itu sebab Dollah tak mahu undur.Kasian Dollah satu Malaysia kutuk dia, mana perginya SI Jane Dollah itu?Please Advice your husband to resignlah.
Catat Ulasan