Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

11 Sep 2008

EMPAT PEMIMPIN PKR BERLEPAS KE TAIWAN ESOK ~ MALAYSIAKINI


Usaha Pakatan Rakyat 'memburu' Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini merentasi Laut China Selatan.

Esok, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi sebentar tadi.

Saifuddin bersama Naib Presiden PKR, Dr. Lee Boon Chye; Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

"Ya memang betul kita akan ke sana (Taiwan) esok," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Sing yang kini mengetuai rombongan 49 Ahli Parlimen BN ke Taiwan berkata, beliau tidak risau dengan kedatangan pemimpin PKR esok, yang dikatakan bertujuan ‘memburu’ dan 'memujuk' mereka.

"Apa nak risau...biarlah mereka datang. Negara ini (Taiwan) bebas untuk menerima kedatangan mereka,” kata beliau kepada mStar Online.

Sambil mengakui menyedari kedatangan empat pemimpin PKR itu, beliau menegaskan: "Datanglah... kita semua boleh bersalaman dengan mereka."

“Saya ada dengar sebelum ini, mereka (PKR) kata, mereka sudah ada senarai sembilan nama MP yang akan menyertai mereka dalam rombongan kita.

“Kalau betul ada, saya harap sayalah orang pertama yang akan mereka buru kerana mereka juga mendakwa saya sudah beberapa kali buat perjumpaan sulit dengan Anwar,” katanya.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu.

Kata Anwar, beliau tidak putus hubungan dengan anggota Parlimen berkenaan dan sanggup ke pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.

"(Tarikh) 16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara," katanya.

Kumpulan berkenaan, yang diketuai Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin, dijadual pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

Empat pemimpin PKR itu dijadualkan menemui sebahagian daripada 49 anggota BN-BBC.~ mstaR



HOT!!HOT!

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat akan terbang ke Taiwan esok untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Mereka ingin menemui para YB yang terdahulu telah bersetuju untuk meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka yang dijangkan pergi ke Taiwan esok ialah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, YB Saifuddin Nasution, YB Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua. ~ tukar tiub

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus la tu. Jumpa mereka kat sana. Sampaikan khabar gembira yang rakyat menantikan kepulangan mereka dengan laungan 'MARI LAH KITA BERUBAH'Perjuangan ini akan menjadi satu sejarah dan pengorbanan ini akan menjadi satu kenangan indah bagi generasi sekarang dan masa hadapan. Percaya lah bahawa jumlah Ahli Parlimen yang akan menyempurnakan peralihan ini akan menjadi jumlah keramat, tarikh perubahan ini adalah tarikh keramat dan siapa mereka dan perjuangan dan pegangan mereka akan menjadi perbincangan rakyat dalam sejarah Malaysia. Sampaikan salam rakyat kepada mereka di Taiwan.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.