Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

8 Sep 2008

Khairy Perancang Utama Lari Ke Luar Negara ~ Malaysiakini

Berita tentang "lawatan sambil belajar" secara tergesa-gesa yang dibuat oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) ke luar negara sebenarnya jelas sekali menunjukkan ketakutan yang teramat kepada pucuk pimpinan parti karat itu. Kenyataan yang dibuat oleh PM Pak Lah dan TPM Najib jelas sekali menggambarkan mereka begitu "gelisah dan tidak tenteram" disaat ini. Ura-ura lebih 45 orang ahli parlimen BN mahu sertai Pakatan Rakyat telah menyebabkan kedua-dua pemimpin ini "tidur tak lena". Mereka begitu gusar akan kehilangan kuasa 16 September ini. Lantaran itulah mengarah, malah mewajibkan semua ahli parlimen BN menyertai lawatan tersebut jika tidak mahu diambil tindakan. Maklumat terkini diterima, kemungkinan besar semua ahli parlimen terbabit diarahkan berkampung di Taiwan. Kabaran yang diterima, mana-mana ahli parlimen yang menolak akan diberikan tekanan malahan hingga mencapai kepada tahap "ancaman". Jika ini benar, memanglah lawatan sambil belajar itu ada kaitannya dengan 16 September. Tambahan pula tarikh yang ditetapkan ialah bermula 7 hingga 19 September 2008 ini. Mereka cuba untuk memperbodohkan rakyat, macamlah rakyat bodoh dan bangang seperti puak-puak mereka itu.

Bila difikirkan balik, sesungguhnya lawatan sambil belajar yang dibuat secara tergesa-gesa ini jelas sekali bercanggah dengan hasrat Pak Lah selama ini. Mana mungkin dikala rakyat sedang merana dengan berbagai masalah semua ahli parlimen BN dibenarkan ke luar negara. Bukankah belanjanya juga menelan jutaan ringgit. Itu belum lagi termasuk duit poket yang akan diberikan kepada mereka sebagai "ole-ole" dan "hadiah" kerana setia kepada BN. Apakah begitu mudah lawatan ke luar negara boleh diadakan, dalam masa yang sama Pak Lah mengatakan beliau tidak tahu ke negara mana BNBBC akan pergi. Munasabah atau tidak semua ini?. Alangkah cikgu sekolah yang ingin mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-muridnya pun perlu menyediakan kertas kerja dan melaporkan semua destinasi yang ingin ditujui. Bahkan semua permohonan perlu diserahkan kepada pihak sekolah, JPNP, JPJ serta lain-lain agensi terbabit sebelum diluluskan. Inilah prosedur yang sepatutnya. Tapi, hairan bin ajaib, Kelab Penyokong Kerajaan boleh mengadakan lawatan sambil belajar secara "ad hoc" tanpa diketahui "arah tuju".

Bukankah kepatusan ini sebenarnya ada kaitan dengan 16 September. Pak Lah seboleh-bolehnya tidak mahu membenarkan mana-mana ahli parlimen berkenaan bertemu dan mengadakan perbincangan sulit dengan Anwar. Beliau begitu resah melihat dan membaca berita serta laporan tentang perkara ini. SMS, email dan laman-laman blog banyak menghuraikan perkara ini. Lantaran itulah Pak Lah memilih jalan selamat dengan memaksa anak-anak buahnya ke luar negara. Sesuatu yang tidak masuk akal, lawatan keluar negara diadakan pada bulan puasa. Macam lah tiada msa yang boleh dibuat selepas raya atau sebagainya.



Bukti jelas menunjukkan bahawa semua perancangan ini adalah diatur oleh Khairy Jamaluddin dan juga abang iparnya Kamaluddin Abdullah itu. Sebab itu selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh, kelibat Khairy tidak jelas kelihatan. Baik di TV mahupun didada akhbar. Kabarnya Khairy "demam" memikirkan nasib dan masa depannya jika Pak Lah tersungkur !!. Beliaulah adalah punca segala-galanya. Maka itulah Khairy merencanakan semua pelan agar ahli parlimen BN "dikuarantin" supaya mereka tidak dapat berbincang serta bertemu Anwar. Khairy terlalu "yakin" yang hasrat Anwar akan tercapai, sama seperti kemenangan besar mantan TPM itu di Permatang Pauh baru-baru ini. Namun begitu, melihat kepada perkembangan terkini kemungkinan besar mereka yang sudah sepakat untuk bersama Anwar tidak akan terpengaruh dengan pujukan Khairy itu. Ini bermakna, kerajaan BN akan tumbang dalam masa terdekat ini. Jika ini berlaku, maka sekali lagi kita akan melihat kehancuran UMNO dan Barisan Nasional. Biarlah mereka diluar negara, kerana sudah pasti 45 orang ahli parlimen yang akan melompat tetap akan bersama Pakatan Rakyat sebenarnya. Kerja kebih mudah dan mereka semua akan "melopong" selepas ini !!~ Cucumatkilau

PEMUDABESUT: Pelik & Ajaib; Makanan yang tak dijumpai pada bulan lain akan dijumpai pada bulan Ramadhan. Contoh : Puteri Mandi, Batang Buruk, Martabak Raja & Air tuak dll.

P/s : Pemudabesut dah 2 tahun mengidam martabak raja....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar angin kebetulan Pakatan Rakyat pun ada lawatan keluar negara pada minggu ini. Tapi bukan untuk lawatan sambil belajar. Mereka kesana sebab ada mesyuarat dan perbincangan dengan beberapa pihak. Dengar khabar angin kebetulan pulak lawatan ke Taiwan. Betul ke ni ??? KA KA KA KA KA ....... Bak pepatah Ingeris "if there's a will, there's a way". Best of luck !!!

Tanpa Nama berkata...

BN kata nak buat lawatan pertanian dekat Taiwan??? Maju sangat ka taiwan dengan sistem pertanian sampai ahli parlimen BN kena p belajar kat sana?setahu saya Taiwan ni industrinya saja yang banyak.Kilang-kilang rasanya lebih banyak dari ladang pertanian.Tapi kenapa nak belajar pertanian kena pergi Taiwan???

http://suarasaktii.wordpress.com

Unknown berkata...

tolong tukar latar belakang font anda, ia menyakitkan mata.
suka sangat count domn anda. :up:

MPs yang masih ada keperimanusiaan sikit, tolonglah keluar daripada BN sekarang juga.

hidup Rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

jangan gembira sangat , kalau tak jadi semua penyokong PR masuk tanjung rambutan atau lari ke kedutaan Turkey.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.